Nukilan Taaruf Klik BADAR +FOLLOW DASHBOARD



اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Hendak berkongsi artikel,pengalaman dan berita baik? Hubungi kami di badarsmkakl@gmail.com
atau berjumpa dengan kami, Ahli Badar SMKAKL.
Semoga pengisian di blog ini dapat memberi manfaat kepada semua.
Facebook BADAR





» February 2013
» November 2014
» December 2014
» February 2015
» June 2015


Tinggalkan komen atau pendapat anda mengenai blog Badar Smkakl ini.


Hamba.
Saturday, 20 June 2015 // 0 komen











i

Kerana cinta kau leka
Kerana nafsu kau lupa
Kerana hiburan kau lagha
Kerana manusia kau jauh  dari Dia

Dalam dunia yang kau dakwa tak kekal lama
Dalam dunia yang kau dakwa tiada guna kau leka
Dalam dunia yang katanya  mahu menambah saham buat ke syurga
Dalam dunia yang kau mahu berjihad di dalamnya

Sayangnya,
Antara iman dan nafsu;
tersungkur kau akhirnya
bertuhankan nafsu yang hina




ii

Bukan manusia andai kau tidak terjatuh
Bukan manusia andai kau tidak terluka
Bukan manusia andai kau tak terhalang dengan satu rintangan pun
Bukankah ujian itu yang menaikkan darjat hamba?

Selagi Dia beri masa
Selagi jalan kembali masih Dia buka
Selagi Dia izin kau kembali padaNya.
Bangkitlah
-- jangan kau terus menetap di lubuk dosa.

Kerana iman kau takkan sentiasa berada di tempat sama.
Maka bersedialah dengan ujian ujian dunia.
Mohonlah kekuatan dari Dia;
Pemilik segala kekuatan.

Kerana kadangkala dengan ujian,
Kau lebih rasa makna manisnya iman.
yang membawa kau lebih dekat dengan Tuhan.



| Older |